Tentang Kami
Kenapa Hogeh?
“Hogeh” adalah slang dari Terengganu yang membawa maksud menggoncang atau menggoyang. Pengambilan nama The Hogeh Coffee adalah untuk membawa identiti Terengganu terutamanya daerah Kemaman, kepada masyarakat luar Terengganu.
Masyarakat Malaysia begitu terkenal dengan budaya minum kopi. Namun begitu tidak semua orang sukakan rasa kopi yang terlalu pahit. Ada diantara mereka yang langsung tidak meminum kopi kerana tidak gemarkan rasa kopi yang kadang-kadang terlalu pahit. The Hogeh Coffee sedia maklum keadaan itu dan hasil R&D dari team, berjaya menghasilkan adunan rahsia kopi yang sangat unik sehingga bukan sahaja menjadi buruan peminat kopi, malahan turut disukai bukan peminat kopi yang dahulunya langsung tidak sukakan kopi.
Kiosk Pertama di Kemaman
Kiosk pertama The Hogeh Coffee bermula di Kemaman Terengganu. Konsep pandu lalu digunakan, dimana pelanggan tidak perlu turun kenderaan untuk membuat pesanan. Disebabkan sambutan yang sangat baik diterima oleh penduduk Kemaman, cawangan ke-2 dan ke-3 dibuka hanya selepas beberapa minggu cawangan pertama beroperasi. Kini cawangan di Kemaman sudah bertambah kepada 7 cawangan dan juga berjaya meluaskan jajahan melebih 30 cawangan di seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Mengikut perancangan kami, lebih 100 cawangan lagi bakal dibuka dalam masa terdekat. Nantikan lokasi kami yang seterusnya di kawasan berhampiran anda.